Saturday, 18 August 2018

GIGI Tahun 3

Kamu sedang mengunyah jambu  batu dan tiba-tiba rasa ada sesuatu yang tertanggal dalam mulut. Rupa-rupanya gigi anda tertanggal. Mengapakah gigi kita boleh tertanggal? Dan kenapa setiap hari ibu bapa kita sentiasa menyuruh kita memberus gigi setiap hari? Sebelum kita mengetahui dengan lebih mendalam, marilah kita kenali struktur gigi terlebih dahulu.

Cuba buat suatu teka-teki:

Minah ketawa terjerit-jerit

Melihat koyak pada seluar

Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?
dipetik daripada "Pantun Teka-Teki"
Pedoman Umum EYD

Apakah jawapannya? 
Jawapannya ialah.................GIGI.





Gigi mula bertumbuh sejak kita berumur 6 bulan hingga 10 bulan. Set gigi yang bertumbuh dikenali sebagai gigi susu dan jumlahnya 20 batang. Gigi susu akan bertumbuh menjadi lengkap apabila mencecah umur 5 tahun.

Namun, set gigi susu kita aadalah tidak kekal dan mudah tertanggal. Gigi susu akan mudah tertanggal satu demi satu bermula tahun 6 tahun. Selepas gigi susu tertanggal, set gigi kekal akan mula menggantikan gigi susu.

Perbezaannya ialah terdapat 32 batang gigi kekal menggantikan 20 batang gigi susu asal.

Ada 3 jenis gigi kekal yang terdapat pada gigi kita, iaitu:


Jenis gigi yang berbeza mempunyai fungsi yang berlainan:

Gigi kacip = mengerat dan memotong makanan
Gigi taring = mengerat dan memotong makanan
Gigi geraham = menghancurkan makanan



Jadi, jangan takut apabila gigi susu kita tertanggal, inilah tanda kita menjejaki ke alam dewasa~

Gigi amat penting kepada kita kerana gigi bantu kita mengunyah makanan, bercakap dengan jelas malah dapat menyerikan wajah kita.

Kita perlulah menjaga gigi kita dengan memberus gigi setiap hari 2 kali.



Cara penjagaan gigi
         a) Kurangkan makan makanan yang manis.
         b) Menukar berus gigi setiap tiga bulan.
         c) Melawat doktor gigi pada masa yang ditetapkan.


Sumber rujukan lain:
Gigi Tahun 3
Jenis-jenis Gigi dan Struktur Gigi Manusia
Jenis gigi

No comments:

Post a Comment